Lovee Fan Fiction ♥
You've stumble upon Sweetie Pie ♥ | +Follow || Dashboard ?

Saranghae - Part 4
Friday, August 12, 2011 | 3:47 AM | 0 comments
PIN! PIN!
            Bunyi hon kereta Akira di luar rumah membuatkan Tim bergegas keluar.
            “Sorry babe! Aku carik purse aku tak jumpa tadi. Tu yang terlambat,” ujar Tim sebaik sahaja memasuki kereta Akira.
            “Yelah. Takpe,” Akira mengangguk faham. Dia memandu keretanya terus ke kolej mereka yang terletak tak jauh dari rumah Tim.

*****

            “Kau dah ok hari ni?” soal Tim ketika mereka berada di kafe. Kelas hari ni mula lewat. Pensyarah pagi tadi tak sihat, kelas dia batal. So kena tunggu kelas kedua pulak kejap lagi. Hari ni Akira yang tak banyak cakap macam selalu membuatkan Tim risau akannya.
            “Aku ok je. Kenapa?” soal Akira pulak dengan mulut yang penuh. Budak ni nama je orang kaya. Tapi kalau depan makanan, macam tak pernah jumpa makanan. Tau nak sumbat je mulut dia tu. Agaknya kalau perut dia tak meletup dia memang takkan berhenti makan kot. Tim yang melihat kawan baiknya tu makan menggeleng perlahan.
“Dahsyat kau Kira. Harap badan je kecik. Tapi makan kalah tok gajah,” bebel si Tim tu. Akira mencebik.
“Alah. Cakap je la kau jeles kat aku. Makan banyak tapi badan maintain je,” dia tersengih comel. Tiba-tiba ada tiga orang pelajar dari jawatankuasa pelajar lalu di hadapannya. Salah seorang dari mereka selalu menarik perhatian Akira. Mereka menuju ke tempat biasa mereka yang terletak selang dua meja dari meja Akira dan Tim. Tim yang perasan akan perubahan Akira menyepak kaki kawannya tu.
“Weh, bukan main kau tengok dia eh? Sampai aku yang kat depan kau ni pun kau tak peduli. Sampai hati kau kan?” dia mencebik. Konon-konon terasalah kan. Eheh! Akira tersengih malu. Kantoi pulak tengok anak teruna orang lama-lama.
“Kau ni luar petala betul tau tak? Hm. Aku nak tanyalah kan. Apa yang kau nampak kat si ketua pelajar tu sampai kau sengih je manjang? Mamat tu sikit punya blur kau boleh suka jugak ke? Dah la suka sangat bagi tenungan maut. Sakit jiwa aku tengok dia,” bebel Tim lagi. Dia memandang Akira yang still dengan senyum manis dia kat mamat tu. Mamat tu memang selalu keluar aura negatif je kat sekeliling dia. Tapi, budak depan aku ni. Tah apa kena tah. Boleh dia buat tak nampak aura tu. Boleh pulak dia tersengih-sengih sorang-sorang bila nampak mamat tu. Memang luar alam budak ni! Tim menggeleng perlahan. Macam-macam kawan aku yang sorang ni. =.=’
“Ntah la weh. Aku just suka tengok gaya dia. Smart ape!” dia tersengih lagi menampakkan lesung pipitnya. Matanya tak lepas-lepas tengok mamat tu. Tim menggeleng lagi. Tak paham betul aku dengan Kira ni.

*****

            “Weh. Girls dua orang tu asyik tengok kau la, Sid” Ricky, salah seorang ahli jawatan kuasa pelajar berkata perlahan kepada si ketua pelajar tu. Sid yang membelakangi girls tu buat tak peduli.
            “So? What I care?” soalnya sinis. Dia malas nak ambil tahu pasal tu. Dia meneruskan pembacaannya pada novel Sherlock Holmes karya Conan Doyle yang terhenti tadi. Ricky dan rakan yang di sebelahnya, Chunji, hanya menggeleng. Mamat ni memang la. Takde perasaan langsung!
“Eh, meeting kita pukul berapa ye?” Chunji tiba-tiba teringat bahawa mereka ada perjumpaan mengejut petang nanti untuk Family Day yang akan datang.
            “Pukul 3 petang. Jangan lupa bawak benda-benda yang nak dibincangkan nanti,” pesan Sid merangkap ketua pelajar yang tegas overdose. Ngeee~

*****

            “Kira, mama teringin sangat nak tengok kamu berkahwin,” soal Puan Sandy secara tiba-tiba pada malam itu. Akira yang sedang meneguk air tersedak.
            “Apa yang mama merepek nie, ma? Kira tak nak kahwin la. Kira nak bersama dengan ma je,” ujar Akira sambil memeluk mamanya. Puan Sandy merenggangkan pelukan mereka. Dia menoleh melihat wajah Akira yang yang putih kemerah-merahan tu.
            “Mama teringin nak timang cucu sebelum mama mati,” sambil membuat muka kesian Puan Sandy berkata. Akira yang sedang meneguk air tersedak semula. Dia mengurut-urut dadanya yang terasa perit.
            “Apa ni mama? Tak nak la cakap macam tu. Kira tak nak kahwin la, ma. Dah la. Malas la nak fikir pasal ni,” Akira membuat muka pada mamanya. Puan Sandy memandangnya sayu. Akira yang sedang duduk berhadapan dengan mamanya bangun lalu duduk di sebelah. Dia memeluk erat bahu mamanya.
            “Kira bukan apa, ma. Kira malas la nak fikir pasal tu sekarang. Pasal amanah papa ni pun Kira tak habis fikir lagi. Kira tan nak kusutkan fikiran Kira ni. Nanti la ye, ma?” pujuk Akira. Mamanya memandang tepat ke wajahnya lalu dia segera bangun.
            “Mama tak kira. Mama nak Kira kahwin jugak dalam masa yang terdekat. Mama dah ada calon-calonnya. Nanti pilihlah sendiri,” setelah berkata sedemikian, Puan Sandy terus berlalu ke biliknya. Gambar beberapa orang lelaki yang dipegangnya tadi diberi kepada Akira. Akira dah pening. Dia segera ke biliknya untuk berehat. Kepalanya terasa sakit yang amat.

*****

Taggie

About Entries
Drop your love notes here ↓


Credits
Template : Yana
Header : Yana
Background : Yana

← Older

© Copyright by Yana || apple-sidz || Sweetie Pie©